Tempoh suria Kalendar_Cina

Rencana utama: Jieqi

Bulan-bulan dalam kalendar Cina menurut fasa bulan. Oleh itu, bulan-bulan tidak mengikut musim tahun suria dengan tepatnya. Untuk membantu para petani menentukan bila untuk menanam atau menuai, para pendraf kalendar memasukkan 24 penanda bermusim yang mengikut tahun suria, iaitu jiéqì (節氣).

Istilah Jiéqì (terjemahan harfiahnya "nod cuaca") boleh diterjemah sebagai "Tempoh Suria". Setiap nod adalah ketika matahari mencapai salah satu daripada 24 titik yang dijarakkan sama rata sepanjang ekliptik, termasuk solstis dan ekuinoks, ditampatkan pada jarak 15 darjah. Oleh sebab penghitungan berasaskan suria, jiéqì ini jatuh lebih kurang pada hari yang sama setiap tahun dalam takwim suria (cth. kalendar Gregory), tetapi tidak membentuk apa-apa corak yang jelas dalam kalendar Cina. Tarikh-tarikh berikut adalah anggaran dan mungkin berbeza sedikit dari tahun ke tahun kerana hukum interkalasi (iaitu sistem tahun lompat) kalendar Gregory. Jiéqì diterbitkan dalam almanak petani setiap tahun. Tahun Baru Cina biasanya jatuh pada hari anak bulan yang terdekat dengan lìchūn.

Dalam jadual di bawah, ukuran diberi dalam piawaian astronomi garis bujur gerhana, kosong darjah terletak pada titik ekuinoks musim bunga. Dalam astronomi Cina, musim berpusatkan solstis dan ekuinoks, sementara dalam pemahaman Barat, musim bermula solstis dan ekuinoks. Maka istilah Awal Musim Bunga dan Perayaan Musim Bunga jatuh pada bulan Februari, meskipun keadaan di Hemisfera Utara masih agak dingin di latitud beriklim sederhana.

Garis bujur
gerhana
Nama CinaTarikh Gregorius
(anggaran)
TerjemahanHuraian
315°立春 lìchūn4 Februaribermulanya musim bungamusim bunga bermula di sini menurut pemahaman Cina mengenai musim
330°雨水 yǔshuǐ19 Februariair hujanmulai titik ini, suhu lebih mungkin menyebabkan hujan berbanding salji
345°啓蟄 qǐzhé
(驚蟄 jīngzhé)
5 Macserangga bangkitapabila serangga yang berhibernasi bangun
春分 chūnfēn21 Macekuinoks musim bungapembahagi tengah musim bunga (menurut definisi musim Cina)
15°清明 qīngmíng5 Aprilcerah dan terangperayaan Cina yang mana kubur nenek moyang diselenggara
30°穀雨 gǔyǔ atau gǔyù20 Aprilhujan bijianhujan membantu biji-bijian tumbuh
45°立夏 lìxià6 Meibermulanya musim panas(menurut definisi musim Cina)
60°小滿 xiǎomǎn21 Meibijian berisibijian menjadi berisi
75°芒種 mángzhòng atau mángzhǒng6 Junbijian dalam bulirjejanggut bijian bertumbuh
90°夏至 xiàzhì21 Junsolstis musim panaskemuncak musim panas (ketinggian matahari)
105°小暑 xiǎoshǔ7 Julaibahang kecilapabila bahang mula tidak tertahan
120°大暑 dàshǔ23 Julaibahang besarmasa paling hangat dalam setahun
135°立秋 lìqiū7 Ogosbermulanya musim luruh(menurut definisi musim Cina)
150°處暑 chùshǔ23 Ogoskurangnya bahanghar. tinggal dalam bahang
165°白露 báilù8 Septemberembun putihlembapan memeluwap menyebabkan embun menjadi putih; petanda musim luruh menjelang
180°秋分 qiūfēn23 Septemberekuinoks musim luruhpembahagi tengah musim luruh (menurut definisi musim Cina)
195°寒露 hánlù8 Oktoberembun sejukembun mula bertukar menjadi fros
210°霜降 shuāngjiàng23 Oktoberturunnya froskehadiran fros dan penurunan suhu
225°立冬 lìdōng7 Novemberbermulanya musim sejuk(menurut definisi musim Cina)
240°小雪 xiǎoxuě22 Novembersalji kecilsaji mula turun
255°大雪 dàxuě7 Disembersalji besarmaranya musim ribut salji
270°冬至 dōngzhì22 Disembersolstis musim sejukkemuncak musim sejuk (ketinggian matahari)
285°小寒 xiǎohán6 Januaridingin kecilkedinginan mula menjadi tidak tertahan
300°大寒 dàhán20 Januaridingin besarmasa paling sejuk dalam setahun

Nota: Jiéqì ketiga asalnya dipanggil 啓蟄 (qǐzhé) tetapi ditukar kepada 驚蟄 (jīngzhé) ketika zaman Maharaja Jing dari Han (漢景帝) agar mengelak tertulis nama asal baginda 啓 (juga ditulis sebagai variannya 啟).

Rujukan

WikiPedia: Kalendar_Cina http://www.char4u.com/chinese-zodiac-sign.php http://www.henryfong.com/10000.htm http://www.mandarintools.com/calendar.html http://www.hko.gov.hk/contente.htm http://www.hko.gov.hk/gts/time/24solarterms.htm http://www.hko.gov.hk/gts/time/stemsandbranches.ht... http://www.math.nus.edu.sg/aslaksen/calendar/cal.p... http://www.math.nus.edu.sg/aslaksen/calendar/chine... http://www.sinica.edu.tw/~tdbproj/sinocal/luso.htm... https://archive.is/20120716085954/sunearth.gsfc.na...